Featured Listings:

Hukum Permintaan & Penawaran (Demand vs Supply) dalam pasaran hartanah

Hukum  Permintaan & Penawaran (Demand vs Supply) adalah prinsip asas ekonomi yang menerangkan hubungan antara penawaran dan permintaan sama ada melibatkan barangan  atau perkhidmatan. Ia juga untuk melihat bagaimana interaksi tersebut memberi kesan kepada harga sesuatu barangan atau perkhidmatan. Hubungan penawaran dan permintaan juga berkait terhadap pasaran perumahan dan harga rumah.

 

Hukum asas permintaan dan penawaran (Demand vs Supply) menyatakan bahawa apabila terdapat permintaan tinggi untuk barangan atau perkhidmatan, harga terhadap barangan atau perkhidmatan tersebut akan meningkat. Jika ada penawaran besar terhadap sesuatu jenis barangan atau perkhidmatan tetapi permintaan tidak cukup tinggi untuknya, harga pastinya akan jatuh.

 

Dalam dilihat dalam pasaran hartanah, hukum permintaan dan penawaran  juga jelas terpakai. Secara umumnya, setiap transaksi perumahan melibatkan pembeli dan penjual. Pembeli meletakkan tawaran untuk harta dan penjual boleh menerima atau menolak tawaran tersebut. Hukum permintaan dan penawaran akan menentukan harga yang seimbang terhadap  hartanah.

 

Apabila terdapat permintaan hartanah yang tinggi di sesuatu lokasi  tertentu dan kekurangan bekalan hartanah bagi memenuhi permintaan tersebut, harga rumah cenderung untuk meningkat naik. Apabila tidak ada permintaan untuk perumahan kerana ekonomi yang lemah dan lebihan bekalan hartanah terjadi, harga rumahcenderung untuk jatuh.

 

Sebagai contoh, pada waktu ini (2016), untuk pasaran hartanah di Malaysia kelihatan agak sedikit menurun atau dalam bahasa pasaran pelaburan, kini adalah dalam fasa pembetulan pasaran (market correction) mungkin akibat peningkatan yang sangat ketara tinggi dan mendadak sejak 2008. Jelas dilihat pada waktu ini, akibat tindakan berhati-hati pembeli kerana bimbangkan kondisi ekonomi semasa, di tambah polisi bank yang semakin mengetatkan syarat kelayakan pinjaman, mengakibatkan permintaan agak berkurangan berbanding kadar penawaran hartanah terus kekal. Ia menghasilkan pasaran yang kurang seimbang dan akhirnya pasaran hartanah sedikit menurun pada waktu ini.

Sumber : PutraProperty

Article By
Comments (0)

QUICK SEARCH
Side Content1
Chat Box
Social Media
Video
Others Link :

HartaPrima | HartanahHot | HartanahMilenium | PutraProperty | transasia | Propertymall Guru Hartanah | Realharta | hartanahmall | ejenhartanahn9
zdhartanah | Hartanah4sale |Ejenhartanah| Primahotproperties | HartanahBest.com | Nadjojoproperty | Propertycheese | Miecasiaproperty | Rumahuntukdijual
Ezza-ejenhartanah | Hartanahyakin | Ejenrumah | Mungeproperty | Intaihartanah